Kursus ini dibahagikan kepada enam modul, meliputi topik-topik:
Modul 1 - Pengenalan kepada hubungan perorangan dan sesama manusia.
Modul 2 - Bagaimana "membaca" manusia.
Modul 3 - Tiga perkara yang manusia mahu.
Modul 4 - Lima tahap hubungan sesama manusia.
Modul 5 - Bagaimana membina kepercayaan.
Modul 6 - Strategi mengurus manusia.
Aktiviti pembelajaran setiap modul meliputi:
1. Nota kuliah (masa dicadangkan: 10 minit)
2. Video kuliah (masa dicadangkan: 30 minit)
3. Bacaan tambahan (masa dicadangkan: 30 minit)
4. Kuiz (masa dicadangkan: 10 minit)
5. Tugasan (masa dicadangkan: 20 minit)
Pembelajaran kursus ini bersifat rentak diri atau "self-pace learning program." Berikan masa yang cukup untuk belajar dan menguasai skil ini. Buat semua aktiviti dengan baik. Disiplinkan diri untuk mengikuti kesemua enam modul dalam kursus ini.
Di akhir kursus, peserta akan mendapat Sijil Penyertaan (Certificate of Completion) yang dikeluarkan oleh Enescorp International Sdn Bhd. Sijil ini boleh dimasukkan dalam resume. Sila letakkan di bawah "Kursus Pembangunan Diri" atau "Self Development Courses."
Pastikan anda mendaftar dengan menggunakan nama penuh kerana nama itulah yang akan dimasukkan dalam sijil nanti.
Sekiranya anda ada masalah untuk mendaftar, membuat pembayaran atau mengakses kursus, sila hubungi support@openlearning.com