Amalan berdasarkan bukti kajian
Mengaplikasi prinsip amalan berdasarkan bukti kajian
(Evidence Based Practice)
Fakta berkaitan amalan yang diketengahkan dalam modul kursus ini, kebanyakannya dirujuk dalam jurnal penyelidikan bagi memastikan perkongsian adalah berdasarkan bukti kajian terbaik.
Kandungan kursus ini juga berdasarkan perkongsian pengalaman penulis sebagai kaunselor penyusuan, jururawat dan penyelidik di dalam bidang penyusuan serta penjagaan ibu dan bayi.
Panel Penilai
Prof. Madya Dr. Zaharah Sulaiman, Pakar Laktasi IBCLC, Pakar Kesihatan Awam
Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Penulis
Profesor Madya Dr. Norsarwany Mohamad, Pakar Pediatrik
Puan Ruzita Mohd Yasin, Kaunselor Laktasi
Bahan pembelajaran disediakan dalam bentuk teks, video penerangan,video animasi,tayangan slaid,imej interaktif, infografik, dan kuiz yang menarik.
Peserta juga akan mendapat e-buku dan bahan pembelajaran
untuk pendidikan kesihatan dalam bentuk buku flip dan fail PDF.
Selamat datang ke Kursus Penyusuan Awal Selepas Kelahiran.
Jom sertai kami!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi di alamat email: nazirahj@usm.my
atau di talian 017-923 1992