Gambaran Keseluruhan Kursus:
Kursus ini mengandungi empat modul. Anda dapat memulakan pembelajaran dan melengkapkan setiap modul pada bila-bila masa.
Modul 1 Keselamatan Air 101
Pelajar akan mempelajari fakta-fakta berkaitan dengan keselamatan air, jenis-jenis badan air dan kehidupan yang berbahaya di dalam air.
Modul 2 Kekal Selamat Berhampiran Air
Pelajar akan mempelajari kemahiran watermanship, garis panduan tingkah laku dan tip-tip keselamatan ketika berhampiran air.
Modul 3 Hak Keselamatan Air Anda
Pelajar akan mempelajari hak-hak mereka ketika menaiki pengangkutan air dan semasa menyertai rekreasi air.
Modul 4 Mahirkan Diri
Pelajar akan mempelajari pelbagai teknik penyelamatan nyawa yang praktikal dan cara-cara untuk bertindak sewajarnya ketika menghadapi kecemasan akuatik.